Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Jumaat, 2 Oktober 2009

salam perjuangan di alam siber!

















































salam..
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana melimpahkan nikmatNya di dunia. Salah satunya seperti nikmat internet ini yang dapat dilayari oleh umat sedunia ini. Dengan nikmat Allah yang cukup besar impaknya, BAKUN turut ingin mengambil kesempatan melebarkan perjuangan melalui alam siber ini.

Semoga segala usaha BAKUN mendapat keredhaan Allah S.W.T.

keterangan gambar: pengerusi BAKUN, Cikgu (B) Mad Yatim b. Abu Samah (berkopiah) bersama staf, sedang mengadakan jualan amal di sekolah.