Profil BAKUN

Foto Saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Khamis, 31 Mac 2011

Salam kepada pengunjung,

Blog Badan Amal Kebajikan NUN (BAKUN) ini telah ditamatkan dan dipindahkan ke laman blog BAKUN yang baru di alamat seperti di bawah:

http://bakun07.blogspot.com

Selasa, 8 Februari 2011

HARI KELUARGA BERSAMA ANAK YATIM DI PULAU AMAN





Gambar hari keluarga bersama anak yatim di Pulau Aman pada 5 Feb. 2011.

Ahad, 2 Januari 2011

Aktiviti Terkini Bersama Anak-anak Yatim BAKUN

Sambutan 10 Muharram bersama anak-anak yatim BAKUN.




Anak-anak yatim BAKUN melawat muzium di Taiping, perak.












Pembelian baju sekolah anak-anak yatim di Mydin Emporium Penang.







Terima kasih kepada para sukarelawan dan penderma sekalian yang prihatin dengan anak-anak yatim. Mudah-mudahan amalan kita di terima Allah SWT.

Maksud hadith :

Di akhirat kelak pembela anak yatim dekat dengan Rasulullah SAW..

Sabtu, 11 Disember 2010

DERMA KELENGKAPAN SEKOLAH


Assalamualaikum Tuan /Puan para dermawan yang budiman,

BAKUN telah memohon bantuan pakaian sekolah daripada 14 gedung perniagaan sejak 2 minggu lepas tapi kami baru dapat janji lisan RM300. Kami memerlukan RM7500.00 untuk 50 orang anak yatim atau RM150.00 seorang. Setiap seorang mendapat sepasang pakaian, sepasang kasut, stokin, tudung dan alat tulis. Oleh kerana hari persekolahan semakin hampir maka saya merayu kepada para dermawan semua supaya hulurkan bantuan kepada mereka dan kasihanilah anak-anak yatim ini. Mudah-mudahan sumbangan dari tuan-puan dapat menceriakan mereka dan anda dapat keberkatan dan rahmat. InsyaAllah. Prihatin anak-anak yatim dan miskin adalah satu amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. (Surah Al Balad: 12-16)Tolong sebarkan kepada rakan-rakan tuan/puan.

Selasa, 7 Disember 2010

SURAT PERMOHONAN DANA VAN BAKUN

5 Disember 2010

28 zulhijjah 1431H


KEPADA TUAN/PUAN DERMAWAN YANG DI HORMATI


Assalamualaikum,


MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK MEMBELI VAN

Didoakan semoga tuan/puan berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

2. Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan BAKUN menganjurkan program “ Masih Ada Yang Sayang – bersama Anak-Anak Yatim “. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:-

Ø Kem motivasi pelajar

Ø Lawatan sambil belajar

Ø Klinik santai & celik Al-Quran

Ø Rehlah dan silaturahim

Ø Kenduri dan sambutan perayaan

Ø Kelas bimbingan

Ø Rakan remaja Masjid

3. Anak-anak yatim di bawah kelolaan Persatuan Kebajikan BAKUN seramai 30 orang dan mereka masih tinggal bersama keluarga mereka dari sekitar kawasan Kulim. Untuk menjayakan program tersebut kami memerlukan 2 buah van untuk pengangkutan anak-anak yatim ini untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang pihak kami anjurkan.

4. Sepanjang program-program diatas, pihak kami menyewa sebuah van dan sebuah van yang diwakafkan untuk anak-anak yatim tetapi van yang diwakafkan tersebut mengalami banyak kerosakan dan kos membaik-pulih van tersebut terlalu tinggi.

5. Dengan ini, pihak kami memohon jasa baik dan keikhlasan tuan/pauan memberi sumbangan untuk pihak kami membeli sebuah van bagi kegunaan anak-anak yatim ini.

6. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan keikhlasan tuan/puan.

7. Untuk maklumat lanjut sila layari www.airpenawarpondok.blogspot.com

Sekian, terima kasih.

Prihatin anak yatim dan orang miskin adalah suatu amalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah”

( maksud surah Al-Balad : ayat 12 – 16 )

Yang benar,

……………………………………….

(Cikgu (B) Hj. Md. Yatim bin Hj. Abu Samah)

Persatuan Kebajikan BAKUN

2007 dan 2008

- Sambutan Perayaan Aidilfitri

- Sambutan perayaan AidilAdha

- Kem anak soleh ( kerjasama dengan mahasiswa USM )

Nov 2009

- Jamuan Hari Raya Aidilfitri

- Majlis berbuka puasa dan qiamullail

- Kuliah Dhuha

- Kem motivasi pelajar

- Wakaf al-Quran

Dis 2009

- Kelab Superbike meninjau anak yatim

- Jamuan Hari Raya AidilAdha

- Kem Solat

- Menaja kelas pengajian Al-Quran 3 x seminggu untuk 6 orang anak yatim

-

Jan 2010

- Malam muzikal Hijrah

Bermula april 2010

- Kelas bimbingan di KMK dan UniKL ( minggu pertama dan ketiga )

- Bulan Ramadan ( 5 majlis berbuka puasa disertai )

- 2 Oktober 2010 ( Jamuan Hari Raya Aidilfitri )

- 18 November – menghantar barangan bantuan banjir ke Alor Setar, Kedah.(sumbangan TAYT)

- 21 November – Sambutan AidilAdha di Tmn. Sri Pinang, Kulim.

- 22 hingga 25 Nov – Kem anak Soleh (anak yatim 10 – 12 thn )

- 28 November – Kelas Kursus Pendek Asas Blog di Kolej Komuniti Tasek Gelugor

- 3 Disember – Lawatan ke Petrosains di Bandar Perda, Bkt. Mertajam

- 4 Disember – kuiz remaja islam di Masjid Keladi, Kulim.

Program akan datang:

- 16 Disember – sambutan 10 Muharram

- 20 Disember – lawatan sambil beljar ke Taiping dan Lumut.

- 25 Disember – Hari Keluarga bersama anak-anak yatim di Bukit Hijau, Kedah.

-

*Nota: Setiap program disulami dengan solat berjemaah, solat hajar, bacaan yasin, berzikir dan tazkirah.

Aktiviti ini juga mendapat sokongan dari:

Tabung Anak Yatim Tampin ( TAYT )

Teras pengupayaan Melayu ( TERAS )

Kelab Kebajikan KOPRATIN

Isnin, 29 November 2010

SEKITAR KURSUS ASAS LAMAN BLOG DI KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR

Jamuan makan tengahari di Kolej Komuniti Tasek Gelugor
Alhamdulillah, inilah rezeki kita
Anak-anak yatim BAKUN sedang membuat blog
Blog adik Mashitah sedang dipaparkan
Brother Khairul Izuan sedang memberi penerangan tentang tatacara membuka akaun Gmail.
Brother Mohd Izzat membantu adik-adik membuka akaun Gmail
Adik Akmal Iman di samping blognya yang sedang dihasilkan


Salam kepada semua pengunjung blog,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Kursus Asas Laman Blog telah berjaya dijalankan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pada 28 November 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Seramai 25 orang anak yatim dan anak golongan miskin telah hadir di kursus berkenaan diiringi oleh 5 orang sukarelawan BAKUN termasuklah Tn Hj Yatim sendiri.

Hasil dari kursus berkenaan, blog-blog milik anak-anak yatim dan golongan miskin telah berjaya dihasilkan dan dibuat pautan pada blog BAKUN. Usaha ini dijalankan sebagai serampang dua mata iaitu anak-anak ini bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat blog malah blog-blog mereka juga boleh diakses oleh pengunjung yang berhasrat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Peluang yang lebih luas terbuka kepada anak-anak ini sekiranya ada di kalangan pengunjung blog berhasrat membantu membiayai anak-anak yatim ini secara langsung sehingga mereka dewasa.

Program kursus ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang merupakan kakak-kakak dan abang-abang angkat anak-anak BAKUN ini hasil pertemuan dan taaruf dari program Seikhlas BUdi yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Sekian.

KEM ANAK SOLEH ANJURAN BAKUN



Antara anak-anak yatim yang menyertai kem anak soleh
Mohd. Zakwan Zaidi menerima sijil penyertaan


Gambar waris/ibu tunggal bersama anak-anak yatim.
Berbaju merah ( Mohd. Zakwan Zaidi )
Cikgu bersama Pengetua sekolah tersebut iaitu Ustaz Hanif bin Hj. Ghazali.
Gambar Program Bakun: Kem Anak Soleh pada 22 Nov hingga 25 November 2010.