Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Jumaat, 27 November 2009

MASIH ADA YANG SAYANG-jamuan hari raya aidil fitri

Pada 10.10.2009, bertempat di surau Kmpg Sg. Badak, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), dengan izin Allah, telah berjaya menganjurkan Program MASIH ADA YANG SAYANG-jamuan hari raya aidil fitri.

jam 8.30 pagi - pendaftaran peserta

jam 9.00 pagi - peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan

jam 9.05 pagi - LDK 1


jam 10.30 pagi - minum pagi (menu : donut coklat dan air teh)



jam 10.45 pagi - LDK 2


jam 12.30 tghr - makan tengahari (menu : nasi tomato,jus tembikai)







jam 1.00 tghr - gotong royong membakar satay (terima kasih kepada Pakatan Ukhwah Taman Kenari di atas tenaga yang disumbangkan)




jam 4.00 ptg - jamuan Hari Raya Aidilfitri Masih Ada Yang Sayang 2009








jam 5.00 ptg - majlis penutup dan penyampaian cenderamata kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.







tergambar kegembiraan di wajah mereka











Jumaat, 20 November 2009

MASIH ADA YANG SAYANG 2009 - berbuka puasa dan qiamullail

maksud surah al-Balad; ayat12-16:
"Pembela/Menjaga/Orang yang prihatin terhadap anak-anak yaitm dan orang miskin adalah suatu amalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah"

salam...
Program Masih Ada Yang Sayang (MAYS) ini adalah program usahasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang diatur khas untuk anak-anak yatim sekitar Kulim bagi membela nasib mereka. Kelainan program MAYS ini dari program untuk anak yatim yang lain adalah pengisian rohani yang lebih ditumpukan kepada anak-anak yatim. "Spiritual Input" ini penting bagi menyediakan diri mereka menjadi generasi Minda Kelas Pertama yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Program Masih Ada Yang Sayang (MAYS) bermula pada tahun 2008 dengan anjuran program jamuan hari raya Aidilfitri di masjid Kelang Lama. Program pada tahun 2008 ini menjadi perintis dan turning point untuk BAKUN terus menjadi wadah memperjuangkan nasib anak-anak yatim melalui jalan yang lebih kreatif yang sering terlepas pandang oleh masyarakat dalam arus kemodenan yang kian mencabar ini.
Pada 11 September 2009 yang lalu, BAKUN telah menganjurkan program MASIH ADA YANG SAYANG-berbuka puasa dan qiamullail bertempat di surau Kampung Sg. Badak, Kelang Lama, Kulim. Berikut adalah tentatif beserta gambar aktiviti program tersebut:

jam 5.30 ptg : pendaftaran peserta dan taklimat ringkas

taklimat ringkas oleh brother Ridhwan


jam 6.00 ptg : penyediaan juadah untuk berbuka oleh warga BAKUN

jam 7.30 mlm : solat maghrib berjemaah dan disulam dengan zikir munajat sementara menunggu waktu isyak

jam 8.30 mlm : solat isyak dan tarawikh berjemaah

jam 10.00 mlm : tazkirah ringkas


jam 11.00 mlm : tidur (peserta lelaki di surau, peserta perempuan di rumah ustaz Shahidan)



SURAU KG SG. BADAK




jam 3.30 pg : qiamullail (dipimpin oleh al Fadhil ustaz Mohd Subhi b. Hj. Abdullah)


Ust. Subhi dan anak sulungnya
(sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, boleh hubungi di talian 019-4653201)

tazkirah penyucian hati dan muhasabah

jam 5.00 pg : bersahur





jam 6.00 pg : solat subuh

jam 6.30 pg : tazkirah dan LDK

kaum ibu juga tidak ketinggalan mengikuti aktiviti



zikir munajat dan solawat didendangkan oleh bekas peserta ujibakat program Akademi Nasyid; Ustaz Hj Mohd Nazar b. Hassan. Beliau boleh dihubungi di talian 013-5905185


jam 7.30 pg : senaman ringan bersama fasilitator dari USM



jam 10.00 pg : ramah mesra bersama wakil dari TERAS


cenderahati untuk anak yatim dan fasilitator


doa

jam 10.30 pg : majlis penyampaian cenderamata kepada tetamu, anak-anak yatim dan fasilitator

tetamu kehormat dari TERAS



cenderamata kepada fasilitator dan anak-anak yatim disampaikan oleh bendahari BAKUN



cenderamata kepada fasilitator dan anak-anak yatim disampaikan oleh Pengerusi BAKUN


khusyuk mendengar amanat

amanat disampaikan oleh wakil fasilitator muslimat

amanat disampaikan oleh wakil fasilitator muslimin

jam 11.00 pg : majlis perpisahan



BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA WARGA BAKUN
jam 11.30 : bersurai