Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Jumaat, 27 November 2009

MASIH ADA YANG SAYANG-jamuan hari raya aidil fitri

Pada 10.10.2009, bertempat di surau Kmpg Sg. Badak, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), dengan izin Allah, telah berjaya menganjurkan Program MASIH ADA YANG SAYANG-jamuan hari raya aidil fitri.

jam 8.30 pagi - pendaftaran peserta

jam 9.00 pagi - peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan

jam 9.05 pagi - LDK 1


jam 10.30 pagi - minum pagi (menu : donut coklat dan air teh)



jam 10.45 pagi - LDK 2


jam 12.30 tghr - makan tengahari (menu : nasi tomato,jus tembikai)







jam 1.00 tghr - gotong royong membakar satay (terima kasih kepada Pakatan Ukhwah Taman Kenari di atas tenaga yang disumbangkan)




jam 4.00 ptg - jamuan Hari Raya Aidilfitri Masih Ada Yang Sayang 2009








jam 5.00 ptg - majlis penutup dan penyampaian cenderamata kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.







tergambar kegembiraan di wajah mereka











1 ulasan: