Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Selasa, 1 Disember 2009

MASIH ADA YANG SAYANG - kem solat

Program Masih Ada Yang Sayang (MAYS) untuk siri yang ke 3 pada tahun 2009 ialah Kem Solat. Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dan Pakatan Ukhwah Taman Kenari Kulim telah bekerjsama dalam usaha menjayakan program ini. Program ini diadakan di kedai Tuan Hj. Hafizan selaku pengerusi Pakatan Ukhwah Taman Kenari.

Sedikit biografi mengenai pengerusi PakatanUkhwah Taman Kenari. Tuan Hj. Hafizan juga salah seorang ahli Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang cukup aktif dalam menganjurkan program-program kebajikan. Kedai beliau ini juga dijadikan tempat kuliah mingguan untuk muslimat Taman Kenari.

Program Kem Solat ini dianjurkan bertujuan untuk mendidik dan melatih para peserta agar solat dengan cara yang betul dan lebih tepat mengikut syariat Islam. Modul-modul yang diterapkan dalam program ini digarap untuk memantapkan lagi solat mereka.

Pada 7 November 2009 yang lalu, BAKUN telah menaja 12 orang anak yatim untuk menyertai program tersebut. BAKUN menggunakan dana dari jualan amal dan kutipan derma pada setiap solat jumaat untuk membiayai anak yatim agar mereka juga tidak terlepas dalam mengikuti program yang seumpama ini. Program-program seperti inilah yang mampu menyediakan jati diri dan memantapkan sahsiah mereka agar dapat menempuh cabaran hidup yang mendatang walaupun tanpa ayah di sisi.

Mengikut kajian,kebanyakkan banduan-banduan lelaki yang meringkuk di penjara dan pusat serenti jika di tanya latar belakang mereka, mereka ini sudah tidak mempunyai bapa atau yang tidak rapat kepada ayah mereka. Manakala perempuan pula yang menjadi bohsia dan rendah akhlak mereka, jika di tanya, mereka juga tiada ayah ataupun jika ada, ayah yang tidak pedulikan mereka. Melihatkan kajian tersebut, marilah kita sama-sama berusaha menjadi "ayah" kepada anak-anak yatim kerana kehadiran ayah,bapa,abah,daddy atau apa saja panggilan, amatlah penting dalam menentukan sahsiah dan peribadi seseorang itu.


GAMBAR SEKITAR PROGRAM KEM SOLAT



muslimat tmn kenari yang aktif



bergotong royong menyediakan hidangan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan