Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Jumaat, 4 Disember 2009

MASIH ADA YANG SAYANG-jamuan hari raya aidil adha

Jamuan hari raya ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim serta mengajar mereka erti pengorbanan. Mereka yang kehilangan ayah, perlu berkorban rasa ingin dikasihi oleh seorang ayah. Dalam program ini juga diadakan motivasi bagi menerapkan kesedaran dan makna korban yang sebenar kepada anak-anak yatim ini.




Tn. Hj. Hafizan telah sudi menyediakan ruang untuk program ini dijalankan di kedainya

ceramah motivasi


duit raya tidak dilupakan












Tiada ulasan:

Catat Ulasan