Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Isnin, 29 November 2010

SEKITAR KURSUS ASAS LAMAN BLOG DI KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR

Jamuan makan tengahari di Kolej Komuniti Tasek Gelugor
Alhamdulillah, inilah rezeki kita
Anak-anak yatim BAKUN sedang membuat blog
Blog adik Mashitah sedang dipaparkan
Brother Khairul Izuan sedang memberi penerangan tentang tatacara membuka akaun Gmail.
Brother Mohd Izzat membantu adik-adik membuka akaun Gmail
Adik Akmal Iman di samping blognya yang sedang dihasilkan


Salam kepada semua pengunjung blog,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Kursus Asas Laman Blog telah berjaya dijalankan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pada 28 November 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Seramai 25 orang anak yatim dan anak golongan miskin telah hadir di kursus berkenaan diiringi oleh 5 orang sukarelawan BAKUN termasuklah Tn Hj Yatim sendiri.

Hasil dari kursus berkenaan, blog-blog milik anak-anak yatim dan golongan miskin telah berjaya dihasilkan dan dibuat pautan pada blog BAKUN. Usaha ini dijalankan sebagai serampang dua mata iaitu anak-anak ini bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat blog malah blog-blog mereka juga boleh diakses oleh pengunjung yang berhasrat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Peluang yang lebih luas terbuka kepada anak-anak ini sekiranya ada di kalangan pengunjung blog berhasrat membantu membiayai anak-anak yatim ini secara langsung sehingga mereka dewasa.

Program kursus ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang merupakan kakak-kakak dan abang-abang angkat anak-anak BAKUN ini hasil pertemuan dan taaruf dari program Seikhlas BUdi yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan