Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Sabtu, 13 November 2010

Memohon Daging Korban

Sempena Hari Raya AidilAdha yang akan menjelang tiba, BAKUN ingin memohon kepada mana-mana pihak atau individu yang sudi untuk menyumbangkan sedikit daging korban untuk diberikan kepada keluarga anak-anak yatim dan miskin dibawah kelolaan Bakun.

Kami,warga BAKUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan pihak yang telah membantu anak-anak yatim dibawah kelolaan BAKUN.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di facebook atau Hj. Md Yatim bin Hj. Abu Samah di talian 019-444 3577

Tiada ulasan:

Catat Ulasan