maksud surah al-Balad; ayat12-16:
"Pembela/Menjaga/Orang yang prihatin terhadap anak-anak yaitm dan orang miskin adalah suatu amalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah"
salam...
Program Masih Ada Yang Sayang
(MAYS) ini adalah program usahasama daripada badan bukan kerajaan
(NGO) Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dan
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang diatur khas untuk anak-anak yatim sekitar Kulim bagi membela nasib mereka. Kelainan program MAYS ini dari program untuk anak yatim yang lain adalah pengisian rohani yang lebih ditumpukan kepada anak-anak yatim. "Spiritual Input" ini penting bagi menyediakan diri mereka menjadi generasi
Minda Kelas Pertama yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Program Masih Ada Yang Sayang
(MAYS) bermula pada tahun 2008 dengan anjuran program jamuan hari raya Aidilfitri di masjid Kelang Lama. Program pada tahun 2008 ini menjadi perintis dan
turning point untuk
BAKUN terus menjadi wadah memperjuangkan nasib anak-anak yatim melalui jalan yang lebih kreatif yang sering terlepas pandang oleh masyarakat dalam arus kemodenan yang kian mencabar ini.
Pada 11 September 2009 yang lalu, BAKUN telah menganjurkan program MASIH ADA YANG SAYANG-berbuka puasa dan qiamullail bertempat di surau Kampung Sg. Badak, Kelang Lama, Kulim. Berikut adalah tentatif beserta gambar aktiviti program tersebut:
jam 5.30 ptg : pendaftaran peserta dan taklimat ringkas
taklimat ringkas oleh brother Ridhwanjam 6.00 ptg : penyediaan juadah untuk berbuka oleh warga BAKUN






jam 7.30 mlm : solat maghrib berjemaah dan disulam dengan zikir munajat sementara menunggu waktu isyak
jam 8.30 mlm : solat isyak dan tarawikh berjemaah
jam 10.00 mlm : tazkirah ringkasjam 11.00 mlm : tidur (peserta lelaki di surau, peserta perempuan di rumah ustaz Shahidan) SURAU KG SG. BADAK
jam 3.30 pg : qiamullail (dipimpin oleh al Fadhil ustaz Mohd Subhi b. Hj. Abdullah)
Ust. Subhi dan anak sulungnya(sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, boleh hubungi di talian 019-4653201)
tazkirah penyucian hati dan muhasabahjam 5.00 pg : bersahur


jam 6.00 pg : solat subuh jam 6.30 pg : tazkirah dan LDK
kaum ibu juga tidak ketinggalan mengikuti aktiviti


zikir munajat dan solawat didendangkan oleh bekas peserta ujibakat program Akademi Nasyid; Ustaz Hj Mohd Nazar b. Hassan. Beliau boleh dihubungi di talian 013-5905185
jam 7.30 pg : senaman ringan bersama fasilitator dari USM


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA WARGA BAKUN

jam 11.30 : bersurai