Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Rabu, 30 Disember 2009

MASIH ADA YANG SAYANG - bersama kelab motor superbike

pada 19 Disember 2009, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) telah bekerjasama dengan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi bagi menjayakan program Masih Ada Yang Sayang-bersama kelab motor superbike.

program ini bermula dari jam 8.30 pagi dengan pendaftaran serta lapor diri para peserta dan sukarelawan. pada sebelah pagi, program banyak diisi khusus untuk anak-anak yatim. sesi suai kenal, latihan dalam kumpulan, dan ceramah motivasi dilakukan bagi memenuhi pegisian rohani para anak yatim.



minum pagi


LDK


seusai solat zuhur, program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB. Ustazah Hjh. Siti Aishah bt Ghazali, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Kedah. Sumbangan juga turut disampaikan oleh YB.




Jam 3.30 ptg, ketibaan konvoi motosikal berkuasa tinggi memecah keheningan petang itu dengan deruman enjin motosikal mereka. sebanyak 60 buah motosikal pelbagai model hadir. terdapat tiga kumpulan dalam konvoi ini. kumpulan pertama dari selatan, kumpulan kedua dari Hatyai, Thailand dan kumpulan ketiga dari utara. marshal konvoi turut memberikan sepatah dua ucapan.




marshal






pada sebelah malam, kumpulan Burdah memulakan persembahan pembukaan. disusuli kemudian oleh khutbah cilik disampaikan oleh kanak-kanak berumur 6 tahun. ceramah motivasi disampaikan oleh penceramah Mutiara FM. konvoi motosikal berkuasa besar dengan membonceng anak-anak yatim menjadi gimik persembahan malam tersebut.

persembahan burdah

konvoi dengan membonceng anak-anak yatim


motosikal berkuasa besar yang beroda tiga menjadi perhatian para pengunjung




gerai jualan

jualan amal oleh BAKUN

pengerusi BAKUN bersama adiknya yang juga ahli kelab superbike


khutbah oleh si cilik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan