BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran.
OBJEKTIF BAKUN
1. MENYUBURKAN KEILMUAN
Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah.
2. MEMBUDAYAKAN INFAQ
Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal.
3. MENYUNTIK MOTIVASI
Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni.
PENAFIAN:
Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN.
Terima Kasih.
MISI BANTUAN KEMANUSIAN KEPADA MANGSA BUMI DI PADANG, INDONESIA
Pada 18 November 2009, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) yang diwakili pengerusinya telah berangkat ke Padang, Indonesia atas tiket Jaringan Muafakat NGO Islam Kedah (WEHDAH) untuk menghulurkan bantuan. Bantuan dihulurkan berupa Bantuan Awam RM 5000.00 (WEHDAH), Bantuan Anak Yatim RM 1500.00 (sumbangan orang ramai) Bantuan al-Quran (program wakaf Quran).
sekolah sementara didirikan oleh NGO Indonesia
rumah senyum
khemah sementara dari Jerman
ibu pejabat sukarelawan dari mahasiswa universitas
melihat kegigihan dan keberanian si kurang upaya
berani!
SEPERTI SELEPAS BERLAKU PEPERANGAN
Rombongan dari WEHDAH disambut oleh PKPU (Lembaga Kemanusiaan Nasional)
klinik bergerak
satu-satunya sekolah yang boleh beroperasi di Padang Pariaman
PEMANDANGAN INDAH DI NEGERI PADANG
KAWASAN DI MANA 3 BUAH KAMPUNG LENYAP DI TELAN BUMI
masih belum ajal
jalan keretapi yang berada di atas
jika di negara kita,jalan keretapi berada di bawah atau bersebelahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan