Sedikit biografi mengenai pengerusi PakatanUkhwah Taman Kenari. Tuan Hj. Hafizan juga salah seorang ahli Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang cukup aktif dalam menganjurkan program-program kebajikan. Kedai beliau ini juga dijadikan tempat kuliah mingguan untuk muslimat Taman Kenari.
Program Kem Solat ini dianjurkan bertujuan untuk mendidik dan melatih para peserta agar solat dengan cara yang betul dan lebih tepat mengikut syariat Islam. Modul-modul yang diterapkan dalam program ini digarap untuk memantapkan lagi solat mereka.
Pada 7 November 2009 yang lalu, BAKUN telah menaja 12 orang anak yatim untuk menyertai program tersebut. BAKUN menggunakan dana dari jualan amal dan kutipan derma pada setiap solat jumaat untuk membiayai anak yatim agar mereka juga tidak terlepas dalam mengikuti program yang seumpama ini. Program-program seperti inilah yang mampu menyediakan jati diri dan memantapkan sahsiah mereka agar dapat menempuh cabaran hidup yang mendatang walaupun tanpa ayah di sisi.
Mengikut kajian,kebanyakkan banduan-banduan lelaki yang meringkuk di penjara dan pusat serenti jika di tanya latar belakang mereka, mereka ini sudah tidak mempunyai bapa atau yang tidak rapat kepada ayah mereka. Manakala perempuan pula yang menjadi bohsia dan rendah akhlak mereka, jika di tanya, mereka juga tiada ayah ataupun jika ada, ayah yang tidak pedulikan mereka. Melihatkan kajian tersebut, marilah kita sama-sama berusaha menjadi "ayah" kepada anak-anak yatim kerana kehadiran ayah,bapa,abah,daddy atau apa saja panggilan, amatlah penting dalam menentukan sahsiah dan peribadi seseorang itu.
GAMBAR SEKITAR PROGRAM KEM SOLAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan