Program tersebut telah dijayakan oleh persembahan Selawat Badariah oleh Kumpulan Nasyid al-Hakim yang terdiri daripada anak-anak yatim. Penampilan istimewa daripada saudara Syed Anuar Syed Yusoff iaitu bekas gitaris kumpulan Samudera yang popular sekitar tahun 90-an. Persembahan utama daripada kumpulan Remaja Harapan yang mempersembahkan nasyid,sketsa serta pentomin Pengembaraan di Alam Barzakh.
Perkara yang paling menarik mengenai program ini ialah, ianya telah ditaja oleh seorang yang bukan Muslim iaitu En. Lim Ah Peng. Beliau seorang usahawan yang dermawan dengan mendermakan sebahagian keuntungan daripada perniagaan Pasar Mini Wang Seng miliknya. Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas dan turut bernasyid pada malam tersebut.
Program ini telah berjaya menarik lebih kurang seribu pengunjung dan program ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyediakan hiburan Islamik pada malam sambutan tahun baru untuk anak-anak muda dan keluarga bersantai.
Laporan disediakan oleh : Mahathir Oon b. Mad Yatim (Biro Publisiti Malam Muzikal Hijrah 1431 Hijrah)