Profil BAKUN
- .
- BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.
Memaparkan catatan dengan label aktiviti BAKUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti BAKUN. Papar semua catatan
Khamis, 19 Ogos 2010
Isnin, 21 Jun 2010
Sabtu, 2 Januari 2010
Laporan Malam Muzikal Hijrah 1431H
KULIM, 31 Disember, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Tabung Anak Yatim dan Miskin Tampin (TAYT), dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah telah menganjurkan program Malam Muzikal Hijrah 1431H yang bertempat di Padang Awam Taman Kucai, Kulim, Kedah. Program ini telah dimulakan dengan ucaptama oleh pengerusi BAKUN iaitu Tn. Hj. Mad Yatim b. Abu Samah serta dirasmikan oleh YB Ustazah Hjh. Siti Aishah bt. Ghazali, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Kedah.
Program tersebut telah dijayakan oleh persembahan Selawat Badariah oleh Kumpulan Nasyid al-Hakim yang terdiri daripada anak-anak yatim. Penampilan istimewa daripada saudara Syed Anuar Syed Yusoff iaitu bekas gitaris kumpulan Samudera yang popular sekitar tahun 90-an. Persembahan utama daripada kumpulan Remaja Harapan yang mempersembahkan nasyid,sketsa serta pentomin Pengembaraan di Alam Barzakh.
Perkara yang paling menarik mengenai program ini ialah, ianya telah ditaja oleh seorang yang bukan Muslim iaitu En. Lim Ah Peng. Beliau seorang usahawan yang dermawan dengan mendermakan sebahagian keuntungan daripada perniagaan Pasar Mini Wang Seng miliknya. Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas dan turut bernasyid pada malam tersebut.
Program ini telah berjaya menarik lebih kurang seribu pengunjung dan program ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyediakan hiburan Islamik pada malam sambutan tahun baru untuk anak-anak muda dan keluarga bersantai.
Laporan disediakan oleh : Mahathir Oon b. Mad Yatim (Biro Publisiti Malam Muzikal Hijrah 1431 Hijrah)

Khamis, 17 Disember 2009
Meninjau Anak-Anak Yatim
BAKUN telah dipelawa oleh Tn. Hj. Abdullah (Pak Long) untuk menziarahi sebuah keluarga anak-anak yatim di Kg. Sam-Sam, Mukim Karangan, Kulim, Kedah.
Mereka ini telah kehilangan ibu dan ayah akibat suatu kemalangan. Tinggal di rumah peninggalan orang tua mereka yang belum sempurna pembinaannya.
BAKUN cuba untuk membantu sedaya yang termampu tetapi jika ada sebuah badan atau orang perseorangan yang ingin turut sama membantu, amatlah dialu-alukan.

Khamis, 3 Disember 2009
MISI BANTUAN KEMANUSIAN KEPADA MANGSA BUMI DI PADANG, INDONESIA
Pada 18 November 2009, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) yang diwakili pengerusinya telah berangkat ke Padang, Indonesia atas tiket Jaringan Muafakat NGO Islam Kedah (WEHDAH) untuk menghulurkan bantuan. Bantuan dihulurkan berupa Bantuan Awam RM 5000.00 (WEHDAH), Bantuan Anak Yatim RM 1500.00 (sumbangan orang ramai) Bantuan al-Quran (program wakaf Quran).

Rombongan dari WEHDAH disambut oleh PKPU (Lembaga Kemanusiaan Nasional)
PEMANDANGAN INDAH DI NEGERI PADANG
Langgan:
Catatan (Atom)