Profil BAKUN

Foto saya
BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.

Sabtu, 2 Januari 2010

Laporan Malam Muzikal Hijrah 1431H

KULIM, 31 Disember, Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Tabung Anak Yatim dan Miskin Tampin (TAYT), dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah telah menganjurkan program Malam Muzikal Hijrah 1431H yang bertempat di Padang Awam Taman Kucai, Kulim, Kedah. Program ini telah dimulakan dengan ucaptama oleh pengerusi BAKUN iaitu Tn. Hj. Mad Yatim b. Abu Samah serta dirasmikan oleh YB Ustazah Hjh. Siti Aishah bt. Ghazali, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Kedah.

Program tersebut telah dijayakan oleh persembahan Selawat Badariah oleh Kumpulan Nasyid al-Hakim yang terdiri daripada anak-anak yatim. Penampilan istimewa daripada saudara Syed Anuar Syed Yusoff iaitu bekas gitaris kumpulan Samudera yang popular sekitar tahun 90-an. Persembahan utama daripada kumpulan Remaja Harapan yang mempersembahkan nasyid,sketsa serta pentomin Pengembaraan di Alam Barzakh.

Perkara yang paling menarik mengenai program ini ialah, ianya telah ditaja oleh seorang yang bukan Muslim iaitu En. Lim Ah Peng. Beliau seorang usahawan yang dermawan dengan mendermakan sebahagian keuntungan daripada perniagaan Pasar Mini Wang Seng miliknya. Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas dan turut bernasyid pada malam tersebut.

Program ini telah berjaya menarik lebih kurang seribu pengunjung dan program ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyediakan hiburan Islamik pada malam sambutan tahun baru untuk anak-anak muda dan keluarga bersantai.

Laporan disediakan oleh : Mahathir Oon b. Mad Yatim (Biro Publisiti Malam Muzikal Hijrah 1431 Hijrah)







kehadiran Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Kedah

pengerusi BAKUN memberikan ucaptama

YB. Ustazah Hjh. Siti Aishah bt Ghazali merasmikan Malam Muzikal Hijrah 1431H


persembahan nasyid daripada kumpulan al-Hakim yang terdiri dari anak-anak yatim


PERSEMBAHAN REMAJA HARAPAN
lebih kurang 1000 orang yang membanjiri padang awam Taman Kucai pada malam tersebut

PENAMPILAN ISTIMEWA SYED ANUAR SYED YUSOFF



PIHAK PENAJA : EN. LIM AH PENG (pemilik Pasar Mini Wang Sheng)


AJK PELAKSANA PROGRAM

1 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH..SEMOGA ACARA BEGINI DAPAT DI TERUS KAN DI MASA AKAN DATANG.BAGI PIHAK PENAJA PULA JUTAAN TERIMA KASIH..SEMOGA PERNIAGAAN TUAN BERTAMBAH MAJU.TERIMA KASIH.

    BalasPadam