Profil BAKUN
- .
- BAKUN, singkatan bagi Badan Amal Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran. OBJEKTIF BAKUN 1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah. 2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal. 3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni. PENAFIAN: Kewujudan blog ini bukanlah untuk mewar-warkan kerja amal yang dilakukan oleh BAKUN tetapi hanyalah sekadar wadah untuk menjadi rujukan bagi pihak yang ingin mengenali BAKUN dengan lebih dekat serta menjadi medium untuk para dermawan menyumbangkan harta mereka bagi membantu kerja-kerja amal BAKUN. Terima Kasih.
Isnin, 29 November 2010
SEKITAR KURSUS ASAS LAMAN BLOG DI KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Kursus Asas Laman Blog telah berjaya dijalankan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor pada 28 November 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Seramai 25 orang anak yatim dan anak golongan miskin telah hadir di kursus berkenaan diiringi oleh 5 orang sukarelawan BAKUN termasuklah Tn Hj Yatim sendiri.
Hasil dari kursus berkenaan, blog-blog milik anak-anak yatim dan golongan miskin telah berjaya dihasilkan dan dibuat pautan pada blog BAKUN. Usaha ini dijalankan sebagai serampang dua mata iaitu anak-anak ini bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat blog malah blog-blog mereka juga boleh diakses oleh pengunjung yang berhasrat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Peluang yang lebih luas terbuka kepada anak-anak ini sekiranya ada di kalangan pengunjung blog berhasrat membantu membiayai anak-anak yatim ini secara langsung sehingga mereka dewasa.
Program kursus ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang merupakan kakak-kakak dan abang-abang angkat anak-anak BAKUN ini hasil pertemuan dan taaruf dari program Seikhlas BUdi yang diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu.
Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Sekian.
Khamis, 25 November 2010
KEMPEN KASIHI ANAK-ANAK YATIM

Salam pada semua pelawat,
Kebanyakan anak-anak yatim itu dahagakan kasih sayang seorang ayah. Kiranya kita boleh selalu bergaul dengan mereka, insyaAllah terubat hati mereka dengan tegur sapa dari kita, pandangan mesra dari kita dan ukiran senyum manis boleh menghiburkan mereka walau sekadar 'bahasa badan' yang tidak kita sengajakan boleh menyentuh dan meleraikan kesepian kasih ayah di kalangan anak yatim itu. Ayuh saudara, jangan kedekut rasa sayang pada mereka. Mulai saat ini marilah kita tambahkan rasa sayang terhadap mereka. Insya Allah kita untung berganda di akhirat kelak. Jadilah insan yang penyayang barulah kita boleh memberi kasih sayang kerana Allah kasih pada mereka yang berkasih sayang kerananya.
PROGRAM KENDURI KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA







Isnin, 22 November 2010
BANTUAN BAKUN KEPADA MANGSA BANJIR DI ALOR SETAR, KEDAH
Isnin, 15 November 2010
Salam Aidil Adha

Sabtu, 13 November 2010
Memohon Daging Korban
Kami,warga BAKUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan pihak yang telah membantu anak-anak yatim dibawah kelolaan BAKUN.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di facebook atau Hj. Md Yatim bin Hj. Abu Samah di talian 019-444 3577
Rabu, 10 November 2010
Kelas-Kelas Bimbingan Anak Yatim BAKUN
Program kelas bimbingan bersama anak-anak yatim
Tempat : Dewan UniKL Kulim, Kedah.
Penyampaian cenderahati kepada anak-anak yatim yang hadir oleh Cikgu Noor Asma.
Anak-anak yatim bergambar bersama selepas program kelas bimbingan
Dewan Kolej Mara Kulim Kedah
Kelas bimbingan anak-anak yatim
Tempat : Dewan Kolej Mara Kulim
AKTIVITI TERKINI DI BAKUN
Program Hari Raya Aidilfitri 2010 pada 2 Oktober 2010
Antara tetamu-tetamu yang hadir.
Duduk dua dari kiri ialah YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj. Ghazali.
Program Hari Raya Aidilfitri di Perkarangan Masjid Taman Tunku Putra Kulim, Kedah
Pada 2 Oktober 2010
Duduk tengah – Ustaz Subhi bin Arshad
Dua dari kiri – Cikgu (B) Hj. Md. Yatim bin Hj. Abu Samah
Yang lain dalah barisan ahli lembaga jawatankuasa Koperasi Prihatin Kedah
Penyampaian Duit Raya oleh YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj. Ghazali